Minta orang ramai mendoakan, Janna Nick akui kini dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata yang pertama

Pelakon dan pengacara Janna Nick memberitahu dia dalam usaha untuk mendapatkan zuriat pertama selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan aktor Dini Schatzmann. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 34, berkata, doktor menasihatinya supaya menjaga keadaan kesihatan mental selain perlu mengelakkan stress serta mengurangkan melakukan kerja berat.

“Saya sebenarnya sekarang tengah fokus untuk cuba mendapatkan baby. Itu perancangan saya. Tekanan itu tidak, sebab saya tak sepatutnya berasa tertekan atas nasihat doktor. Sekarang ini, saya kena jaga kesihatan mental saya sebaik yang mungkin, saya kena kurangkan stres dan kurangkan kerja yang terlampau berat sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Agak mencabarlah untuk saya nak dapatkan baby.”

Janna berkongsi mengenai perkara menerusi video temu bual bersama Astro Radio. Tambah Janna, dia sudah melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil makanan tambahan sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata. “Usaha dia sangat mencabar, banyak juga suplement yang kita kena makan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Tapi saya ambil perkara ini sebagai satu perjalanan la yang indah.

Saya bukan sahaja minta nasihat daripada orang yang berpengalaman, tapi saya juga ada minta nasihat daripada doktor, embriologist. Saya dah diperingkat buat semua ujian, dah jumpa semua doktor. Maksudnya kita memang banyak usaha dan ikhtiar. Hanya tinggal tawakkal kepada Allah. Sudah tentu saya mengharapkan doa orang ramai.

Sebab kita tak tahu dalam ramai-ramai ini siapa doa yang dimakbulkan dan diangkat oleh Allah. Teruskan berdoa, kalau ada rezeki, ada. Kalau tak ada, tak apa, kita cuba lagi.” Imbas kembali, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann pada 10 Jun tahun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version