Nampak tak kekok jaga ank di rumah, Siti Jamumall bangga dengan suami umur 21 tahun tapi pandai masak dan uruskan anak

Usahawan yang juga pempengaruh, Siti Jamumall bangga suami pandai masak meskipun baru sahaja berusia 21 tahun. Perkongsian Siti Jamumall atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, 25, di platform TikTok itu mendapat perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, dilihat Siti berkongsi suami yang baru dinikahi, Aiman sedang melakukan kerja rumah termasuk memasak dan mengemas rumah. Klik sini untuk lihat video.

Lebih menarik perhatian, Aiman juga dilihat tidak kekok menjaga anak-anak di rumah sementara Siti sedang berada di luar atas urusan kerja. Melihat kepada kesungguhan Aiman, Siti Jamumall memuji suaminya yang dahulunya ‘manja’ kini bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai bapa dengan baik.

“Terima kasih jagakan anak. Dulu Aiman ni anak bongsu, manja tapi sekarang ni auto jadi bapa. Beli 1 percuma 2, kahwin lagi dengan janda. Tapi saya bangga lah, dia boleh buat susu untuk anak. Siapa kata umur 21 tak boleh jadi matang. Usia itu hanyalah angka ya,” katanya.

Rata-rata warganet akui suka melihat kemesraan yang terjalin terutama hubungan Aiman dan anak-anak Siti hasil daripada pengetahuan terdahulu. Mereka juga memuji sikap matang Aiman meskipun berkahwin pada usia yang muda. Sekadar info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.

Siti sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun berpisah dua tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version