Nampak cantik bila bertudung, Nora Danish muat naik gambar berhijab jadi perhatian warganet

Pelakon jelita, Nora Danish menyorot perhatian warganet apabila dia tampil dengan imej bertudung di media sosial. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG), Nora nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif memuat naik tiga keping foto dia memakai ‘hoodie’ berona kelabu dan mengenakan hijab berwarna hitam. Meskipun menutup ruangan komen, namun tinjauan mendapati perkongsian pelakon filem Polis Evo 3 itu dihujani dengan tanda ‘likes’ oleh rakan-rakan artis dan warganet.

Sebelum ini, ibu kepada dua orang anak tersebut dilihat sering memakai hijab ketika menghadiri majlis ilmu. Sekadar info, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri berpisah pada 19 Jun lalu ia susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak. Namun, aktres berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun. Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum berpisah pada 2008.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version