Teruk kena kritik dengan warganet, Syarikat Nilofa tampil buat permohonan maaf sebab buat iklan dengan gambar tak senonoh

SYARIKAT Nilofa Group yang dimiliki oleh pengacara dan usahawan Neelofa tampil membuat permohonan maaf selepas foto pada iklan produk kesihatan mereka menerima kritikan warganet kerana didakwa mempunyai maksud tersirat (double meaning) dan berbaur lch. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG) rasmi Nilofa Group pada malam Jumaat, syarikat itu mengakui wujud salah faham sehingga perkara itu menjadi bualan hangat di media sosial. “Assalamualaikum, pihak team Isterix (produk) memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang telah dihasilkan.

“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan,” katanya. Dalam pada itu, syarikat berkenaan dengan rendah hati menerima segala teguran yang diberikan warganet dan berjanji akan menggunakan teknik pemasaran yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat umum. “Kami terima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini. Pihak kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang.

“Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua,” ujarnya. Menerusi tinjauan, IG berkenaan juga didapati sudah memadam beberapa foto grafik yang didakwa berbaur lch. Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, didakwa mempromosikan produk minuman kesihatan khusus buat isteri. Apa yang membuatkan warganet kecewa adalah foto pada iklan produk berkenaan didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat dan tidak sesuai dijadikan sebagai teknik pemasaran.

Malah tindakan akaun tersebut memuat naik iklan berkenaan juga dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version