Berharap suami diberikan kesembuhan seperti sedia kala, wanita luah kali terakhir jumpa dengan suami masa raya

BERJAUHAN dengan orang tersayang pastinya memilukan. Tambahan pula insan itu adalah suami sendiri yang kini sedang terlantar sakit dan hanya mampu terbaring di atas katil. Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita memanjatkan sepenuh pengharapan agar si suami diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala. Bercerita lanjut, Siti Nur Qholeeda, 21, atau senang disapa Qal… Continue reading Berharap suami diberikan kesembuhan seperti sedia kala, wanita luah kali terakhir jumpa dengan suami masa raya

Selalu diasak rujuk kembali dengan Datuk Red, ini pula video penjelasan dari Adira Suhaimi

Perhubungan baik yang ditonjolkan oleh penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya Datuk Red sering kali mendapat perhatian warganet malah mereka mendoakan agar pasangan itu bersatu semula. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi menerangkan bahawa dia dan Datuk Red sudah menerima kenyataan bahawa mereka tidak lagi bersama. Klik sini untuk lihat video. “Kalau… Continue reading Selalu diasak rujuk kembali dengan Datuk Red, ini pula video penjelasan dari Adira Suhaimi

Terkini Ebit Lew nekad untuk teruskan saman terhadap Caprice dan Mondy Tattoo berkenaan ftnah yang dilemparkan

Personaliti dakwah, Ebit Lew tetap teruskan saman fitnah terhadap penyanyi rap, Caprice dan TikToker Indonesia, Mondy Tattoo. Beliau menyatakan pendirian tegas menerusi sebuah hantaran di Instagram, hari ini. Pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew berkata, meskipun dia tidak akan didakwa atas tuduhan mrgl TikToker Indonesia, Mondy Tattoo, namun dia tetap akan meneruskan saman kepada wanita… Continue reading Terkini Ebit Lew nekad untuk teruskan saman terhadap Caprice dan Mondy Tattoo berkenaan ftnah yang dilemparkan

Keluarga bapa Zayn Rayyan minta keadilan ditegakkan, siap berkumpul depan mahkamah lagi

Bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik berusia 6 tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu hari ini mendakwa dia dianiaya dan semuanya fitnah dalam prosiding sambungan atau penamatan reman di mahkamah. Ucapan tersebut mengundang jeritan ahli keluarga yang berkumpul di luar mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. Dalam pada itu,… Continue reading Keluarga bapa Zayn Rayyan minta keadilan ditegakkan, siap berkumpul depan mahkamah lagi

Ada yang kutuk wajah isteri, tak boleh berdiam Abg Tesla tampil pertahankan

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Abang Tesla amuk apabila wajah isterinya, Nurmajdina menjadi sasaran face shaming warganet. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yursy di laman TikTok, dia dengan isterinya bercuti di Thailand bersama Umisya dan suami telah berjaya tarik perhatian warganet. Klik sini untuk lihat video. Dalam video… Continue reading Ada yang kutuk wajah isteri, tak boleh berdiam Abg Tesla tampil pertahankan

Ubai Mz ada cara tersendiri nak mengurat Shila Amzah, rupanya hanya bagi teka teki je

Personaliti media sosial, Ubai akui takut nak mengurat Shila Amzah di awal perkenalan mereka, namun mendedahkan dia mempunyai cara tersendiri. Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli,26, mendedahkan dia menggunakan teka-teki bagi memikat hati penyanyi berusia 33 tahun itu. Ubai dalam hantaran di media sosialnya berkongsi soalan teka-teki disaat Shila Amzah sedang berada dalam sedih.… Continue reading Ubai Mz ada cara tersendiri nak mengurat Shila Amzah, rupanya hanya bagi teka teki je

Muaz Zabir akui kontroversi dengan Bella Astillah buat nama semakin dikenali, tapi ini pula nasihat dari ibu

NAMA terpalit mempunyai hubungan dengan Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir mengakui kontroversi tersebut membuatkan dirinya semakin dikenali ramai. Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 27, bagaimanapun tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu jalan pintas untuk dia membina nama dalam dunia lakonan. “Kontroversi ini memang sedikit sebanyak buatkan orang kenal nama saya tapi bukanlah dalam keadaan… Continue reading Muaz Zabir akui kontroversi dengan Bella Astillah buat nama semakin dikenali, tapi ini pula nasihat dari ibu

Titipkan nasihat untuk anak dan menantu, Zainol MacWilson tak sabar nak jumpa dengan cucu

Pelakon Zainol MacWilson luah rasa syukur apabila anak perempuannya iaitu Zahirah MacWilson selamat melahirkan anak kedua pada 31 Mei lalu. Ujar Zainol atau nama sebenarnya Zainol Mohd Johari Macwilson, dia tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga aktres tersebut. “Saya bersyukur memiliki Zahirah, menantu saya, Aiman dan cucu-cucu yang sangat comel. Tak sabar nak sambut kalian… Continue reading Titipkan nasihat untuk anak dan menantu, Zainol MacWilson tak sabar nak jumpa dengan cucu

Ada pula yang kutuk paras rupa sebab geram dengan watak Sally, sekali ini respon dari Haneesya Hanee

GARA-GARA bengang dengan watak Sally menerusi drama Aku Bukan Ustazah, warganet mengutuk rupa paras pelakon Haneesya Hanee di media sosial. Kecewa rupa parasnya dihina, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 24, meminta orang ramai tidak terlalu terbawa-bawa dengan perasaan marah dengan watak tersebut sehingga tergamak menghina wajahnya. “Saya faham awak semua sakit hati dengan Sally…… Continue reading Ada pula yang kutuk paras rupa sebab geram dengan watak Sally, sekali ini respon dari Haneesya Hanee

Farid Kamil luah rasa syukur kehidupan bahagia dengan isteri tercinta, kini berat badan mencecah 97kg

Pelakon Farid Kamil meluahkan rasa syukur dapat menikmati kehidupan yang bahagia bersama isteri tercinta, Diana Danielle dan dua cahaya mata mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, menyifatkan kebahagiaan tersebut sebagai salah satu nikmat yang diberikan oleh Ilahi. “Saya sebenarnya amat bersyukur dan rasa dirahamati. Saya menikmati kehidupan… Continue reading Farid Kamil luah rasa syukur kehidupan bahagia dengan isteri tercinta, kini berat badan mencecah 97kg

Exit mobile version