Akui pernah wakil Sukma untuk silat olahraga, Rita Rudaini tak halang kalau nak jadi pemain bola profesional tapi dengan syarat ini

Pelakon Rita Rudaini memaklumkan anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna ada meluahkan hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesional pada masa akan datang. Menurut Rita, dia tidak pernah menghalang minat anaknya untuk aktif dalam sukan tersebut, namun berpesan untuk tetap mengutamakan pelajaran.

“Apa yang anak-anak suka, saya galakkan mereka untuk buat. Saya sokong minat mereka. Anak lelaki memang suka main bola sepak. Yang nombor satu main suka bola dan larian trek. Yang nombor dua suka bola, larian, bola baling dan sekarang cuba nak main rugbi. Yang nombor dua itu dia pernah tanya boleh ke kalau dia nak jadi pemain bola sepak nanti. Saya kata bukan tidak bagi, tapi kalau boleh jadi yang boleh pergi hingga peringkat antarabangsa.

Saya kata nak jadi apa pun, jadilah. Tetapi pastikan sekolah sampai habis. Jadi pemain bola yang pandai, dalam bola bukan guna kaki sahaja, kena guna akal juga. Kalau boleh ada degree atau sebagainya, asalkan berilmu.” Rita berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama barisan pelakon sitkom terbaharu TV3 berjudul Jabatan Call Centre (JCC) di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rita memberitahu ada berkongsi cerita kepada anaknya bahawa dia pernah terpilih mewakili negeri Perlis untuk Sukan Malaysia (SUKMA) dalam sukan silat. “Saya dulu pernah terpilih untuk untuk main SUKMA dalam sukan silat olahraga. Wakil negeri Perlis. Bila cerita dengan anak-anak mereka pun terkejut. Mak depa (mereka) SUKMA.

Tapi masa terpilih untuk wakil SUKMA itu saya tidak dapat pergi sebab mak saya bakar baju silat saya. Mak mengharapkan saya satu-satunya anak perempuan yang akan buat kerja-kerja perempuan, tapi sebaliknyq minat saya.” Sementara itu, Rita turut berkongsi mengenai tahap kesihatan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan, baru-baru ini. “Dia tetiba sakit perut, saya ingatkan masuk angin sebab dia tak makan. Saya pun membebel dekat dia. Saya buatkan dia minuman halia.

Sekali esoknya dia cakap perut dia makin sakit. Bawa dia pergi klinik, doktor awalnya kata macam apendiks. Tak tunggu lama saya buat surat untuk bawa ke bahagian kecemasan. Saya dah cuak sangat. Selepas bawa pergi hospital doktor sahkan tiada apa-apa yang serius. Dia hanya susah nak membuang. Mungkin kurang makan sayur makan buah. Saya pesan, minum air banyak-banyak.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version