Diuji dengan masalah kesihatan, Zara Zya luah rasa kecewa bila hilang kawan baik sebab penyakitnya

Tidak cukup diuji dengan masalah kesihatan, pelakon, Zara Zya meluahkan rasa duka apabila dia turut kehilangan rakan akibat penyakitnya itu. Menerusi perkongsian di platform Threads, Zara berkata individu yang pernah menyukainya dan cuba untuk menawan hatinya hilang begitu saja. Lebih mendukacitakan, aktres drama rantaian popular Risik Pada Hati ini turut kehilangan rakan-rakan. “Bila kita sakit ni kan… Orang yang dulu kata suka kita, nak mengayat, nak mengorat semua hilang..Hahahaa… Kawan pun sama.. lesap juga..,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan kata-kata semangat untuknya.

Mei lalu, Zara selesai menjalani operasi membuang ketumbuhan dan menjalani rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version