SELEPAS hampir setahun kembali rujuk, pelakon Farid Kamil berada dalam fasa bahagia bersama isteri iaitu aktres Diana Danielle. Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, penceraian dengan Diana mempunyai hikmah tersendiri termasuk menyedarkan tentang niat sebenar mereka berkahwin sejak 12 tahun lalu. “Apa boleh saya katakan kami kembali kepada niat asal saya dan Diana berkahwin… Apabila kami faham niat kami berkahwin kerana Allah, jadi perkara itu (rujuk) menjadi mudah.
Sebelum ini mungkin pemikiran atau pemahaman kami tidak selari tetapi apabila duduk berbincang dan selarikan perkara itu, Alhamdulillah kami berada pada fasa sangat bahagia,” katanya. Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Gold di Aurum Theatre, The Exchange, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Farid bersuyukur dengan dugaan ditempuh dalam rumah tanggannya kerana ia meninggalkan pelbagai hikmah.
“Saya sebagai seorang suami dan bapa sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku sebab semuanya suah tertulis. Saya sebagai manusia hanya tempuh perjalanan kehidupan itu,” ujarya. Sementara itu, ditanya mengenai pengesahan rujuk pasangan ini di mahkamah, Farid mengambil pendekatan untuk tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai bahan berita untuk tatapan umum. Apa lebih penting kata Farid, proses itu berjaya dilakukan mengikut hukum syarak dan proses undang-undang syariah.
“Secara undang-undang dan secara dasarnya rujuk itu dah berlaku dan kami ambil jalan tengah bagi menyelesaikan masalah itu dengan betul. Tidak perlu untuk kami menguar-uarkan perkara itu menjadi satu berita sensasi, kami pilih jalan mudah dan yang terbaik” jelasnya. Untuk rekod, Diana dan Farid berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, perpisahan tersebut tidak kekal lama apabila Farid mendedahkan sudah rujuk kembali dengan Diana tidak lama selepas itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11 dan Nur Aurora, 9 tahun. Dalam perkembangan lain, Farid bakal muncul dengan filem terbaharunya iaitu Gold yang diinspirasikan daripada kisah benar kejayaan pasukan badminton negara memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik di Tokyo pada 2020. Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 11 Julai 2024. Selain Farid, pelakon lain membintangi filem berkenaan ialah Jack Tan, Yasmin Hani, Wan Raja, Fabian Loo, Freddie Ng dan Lynn Lim.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.