Ramai yang berteka teki tentang individu tersebut, Adira Suhaimi dedah dulu pernah hampir berkahwin dengan jejaka berasal dari Kelantan

Penyanyi Adira Suhaimi mendedahkan dirinya hampir mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berasal dari Kelantan. Menurut pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 32, dia bagaimanapun menganggap tiada jodoh antara mereka apabila ikatan pertunangan akhirnya terlerai. “Saya hampir-hampir menjadi orang Kelantan dulu. Sebab bekas tunang saya asal dari Kelantan. Bekas tunang saya asal dan menetap di situ, tetapi tidak jadi.”

Adira berkongsi mengenai perkara itu menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok @inayahbeautytrading. Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas saling berteka-teki siapa jejaka yang dimaksudkan oleh pelantun lagu Ku Ada Kamu itu. Meskipun Adira tidak mendedahkan nama mana-mana individu, namun segelentir warganet mendakwa bekas tunang yang dimaksudkan adalah seorang ahli politik iaitu Shahrul Nasrun. Imbas kembali, Adira pernah mengikat tali pertunangan dengan Shahrul pada Disember 2014, namun ikatan itu berakhir pada April 2015.

Adira kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015, di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua. Mahligai yang dibina akhirnya menemui titik nokhtah apabila mereka sah berpisah talak satu pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version