Tular video seorang pakcik bagi baju yang dia pakai pada gelandangan sebab terkena hujan buat ramai yang tersentuh hati

Video seorang pak cik buka baju dipakai dan beri kepada seorang gelandangan yang kesejukan disebabkan terkena hujan telah menyentuh hati ramai. Menerusi posting yang dibuat oleh Afhi Affandy, dia telah berkongsi momen seorang lelaki berusia dikenali sebagai Tuan Hj Wan Alamshah yang sanggup membuka jubah yang dipakai untuk diserahkan kepada seorang gelandangan di tepi jalan.

Menerusi posting yang dibuat, pengguna TikTok itu mengatakan yang sikap lelaki terbabit memang menjadi contoh tauladan kepada mereka kerana sentiasa berbuat baik kepada orang lain. Ujarnya, Tuan Hj Wan Alamshah kerap berpesan supaya sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan termasuklah membuat orang lain tersenyum. Selepas memberikan baju yang dipakai di bahagian dalam jubah tersebut kepada gelandangan berkenaan,  lelaki berkenaan telah membekalkan makanan kepada individu yang dibantu untuknya mengalas perut. Klik sini untuk lihat video.

Situasi yang cukup ringkas itu sememangnya menyentuh hati ramai dan memberikan maklum balas yang positif selepas ia dikongsikan di media sosial. Rata-rata warganet begitu terharu dengan sikap pak cik tersebut dan memuji tindakan mulianya terhadap gelandangan berkenaan. Mereka juga mendoakan agar pak cik tersebut terus dimurahkan rezeki dan segala urusannya dipermudah memandangkan sikapnya yang begitu baik tanpa mengira pangkat ataupun kedudukan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version