Abang Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah mendedahkan bahawa dia sempat bertemu dengan suspek pada hari keempat kehilangan adiknya di Slim River, Perak. Menerusi pendedahan yang dibuat Farizza di rancangan 999 saluran TV3, dia bertemu dengan suspek susulan mendapati kali terakhir adiknya kelihatan adalah bersama dengan individu terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Ujarnya, dia ada bertemu dengan suspek di sebuah kedai makan untuk bertanyakan tentang adiknya, namun dijawab tidak tahu “Saya ada jumpa dia di kedai makan. Ada ke ambil adik, kalau ada, pulangkan. Kalau tak ada, tak apa. Dia cakap tak tahu. Pernah juga tanya dia, tak ada rasa nak cari ke? Dia cakap; “ada ada, tengah usaha nak cari’, dia cakap,” ujar Farizza.
Jelas pemuda berusia 28 tahun itu lagi, mereka berdua berborak seperti biasa sahaja namun terlihat wajah suspek sedikit takut dan tidak menyangka bahawa individu itu ada hubungkait dengan kematian adiknya yang dipercayai dibnh. Dalam pada itu, Farizza turut mengakui bahawa sudah mengesyaki bahawa suspek adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas kemtn adiknya memandangkan dia mengelak untuk menunjukkan mesej perbualan antara mereka serta rakaman dashcam kereta, termasuklah banyak memburukkan allahyarham.
“Saya suspek dia. Sebab saya nak jumpa tu, sebab tahu dia (Farah Kartini) terakhir dengan dia ni (suspek), dengan lelaki ni. Sebab kiteorang check CCTV last kereta lelaki tu. Nak tengok chat-chat semua dia kata dah padam. Lepastu kiteorang kata nak tengok dashcam semua, dia kata hilang apa semua. Tapi dia banyak memburuk-burukkan adik sayalah masa jumpa tu…” dedahnya.
Pendedahan yang dibuat oleh abang Farah Kartini itu telah dikongsikan di saluran YouTube TV3 apabila melaporkan kejadian jenayah tragis yang berlaku pada minggu lalu dan sangat mengejutkan negara. Terdahulu, bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Farah Kartini Abdullah dimaklumkan telah hilang pada 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Pada 15 Julai 2024 sekitar jam 6 petang, myt dipercayai wanita berusia 25 tahun itu telah ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor dalam keadaan hampir reput disyaki telah dibnh. Susulan daripada itu, satu tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap seorang anggota polis berusia 26 tahun yang bertugas di sebuah balai polis di Slim River.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.