Ambil keputusan untuk kawal makan, Liyana Jasmay luah rasa terkejut bila bacaan kolestrol tinggi

PELAKON Liyana Jasmay meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui bacaan kolesterolnya melebihi paras normal selepas membuat pemeriksaan kesihatan. Kata Liyana, 36, tahap kolesterolnya mencapai bacaan 5.92 malah boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak dikawal. “Saya baru sahaja pemeriksaan dan saya sangat terkejut melihat bacaan kolesterol. Bacaan kolesterol saya ialah 5.92, agak tinggi untuk usia saya! Boleh jadi lebih teruk!” katanya.

Liyana berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video di IntsaStory pada Ahad. Dalam pada itu, Liyana menjelaskan dia tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku memandangkan dia sangat menjaga pemakanannya. Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk mengawal pemakanan malah mengurangkan makanan yang berisiko meningkatkan paras kolesterol dalam badan. “Saya ingat saya sudah makan secara sihat tetapi rupanya kolesterol saya tinggi.

Saya sangat takut sekarang, selepas ini saya perlu jaga makan. Saya kena kawal dari ambil makanan yang boleh naikkan kolesterol,” ujarnya. Untuk info, paras kolestrol yang normal adalah pada bacaan 5.17 manakala bacaan melebihi 5.17 sehingga 6.21 pula dianggap tinggi. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version