Sering ditanya pasal jodoh, Syifa Melvin akui tak pernah target akan berjodohan dengan pemain bola sepak

Usahawan dan pempengaruh, Syifa Melvin mendedahkan dia banyak menerima soalan berkenaan jodohnya dengan pemain bola sepak negara, Safawi Rasid. Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Syifa atau nama lengkapnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengikutnya tentang jodoh dengan pemain bola sepak.

Menurut Syifa, dia sama sekali tidak pernah merancang soal jodoh malah dia sendiri tidak mengetahui tentang arena bola sepak tempatan. “Apakah kita boleh target nak jodoh kita siapa? Kerja apa? Duduk mana? Gaji berapa? Berapa adik-beradik? Mustahilkan nak custom jodoh kita. Syifa dulu bola pun tak tengok, lagi lah tak kenal siapa pemain bola. Tak adanya nak target bagai.”

Adik kepada aktres Syatilla Melvin itu juga percaya bahawa semuanya telah diaturkan oleh Allah SWT selain yakin jodoh adalah cerminan diri. “Dah Allah kata tu jodoh, dengan siapa-siapa pun akan berjodoh, dah kerjaya dia pemain bola sepak, nak buat macam mana? Jodoh ni, korang perasan tak kita akan dapat yang sekufu, selevel. Kalau daddy saif bukan jodoh Syifa, takkan terjadi akad 28.11.2022. Ingat kalau tak jodoh, memang takkan berjodoh. Kalau jodoh, pergi hujung dunia pun akan berjodoh.”

Untuk info, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya. Syifa selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Saif Sulaiman, pada 30 September lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version