AJK masjid terpaksa pagar saf susulan kawasan tersebut masih belum kering setelah seorang kanak-kanak terkencing di situ tanpa sempat pergi ke tandas. Perkara tersebut dikongsikan pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Yazid Ismail apabila menceritakan situasi yang dihadapi sewaktu berjemaah di masjid tersebut. Ujarnya, kanak-kanak yang berusia sekitar bawah 7 tahun itu sudah dilihat ‘berjoget’ menahan kencing sejak rakaat pertama lagi namun bapanya tetap meneruskan solat seperti biasa.
Tidak lama selepas itu, kanak-kanak berkenaan telah terkencing di dalam seluar sehingga membasahi karpet tanpa diendahkan oleh bapanya yang masih terus solat. Tambah pengguna Facebook itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid itu pula yang bersusah payah menyelesaikan masalah najis berkenaan sehingga perlu dipagar bagi mengelakkan orang lain terkena kesan basah dari mencuci air kencing berkenaan.
“Sebelum rukuk budak tu terkencing dalam seluar sampai basah karpet. Walaupun dah kencing dalam kuantiti yang banyak tapi ayahnya tetap meneruskan solat macam biasa sampai habis. Kesian AJK masjid bersusah payah untuk selesai masalah najis ni,” tulisnya. Susulan daripada itu, Mohd Yazid meminta agar ibu bapa yang ingin membawa anak-anak ke masjid atau surau memastikan mereka sudah pergi ke tandas dan bukannya dalam keadaan menahan untuk membuang air.
Perkara itu bukan sahaja menyulitkan mereka sendiri tetapi turut orang awam yang sama-sama beribadah di situ. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.