Tular video Bella Astillah dan Muaz Zabir dalam satu program anjuran TV3, sekali ramai yang minta dia jaga maruah

Warganet minta Bella Astillah jaga maruah susulan aktres itu baru sahaja berpisah disamping turut mempersoalkan sama ada tempoh ‘iddah pelakon itu sudah selesai. Menerusi tinjauan di media sosial, tular video memaparkan Bella bersama aktor Muaz Zabir sedang berada di satu program anjuran TV3 di Melaka. Pada video itu, aktres berusia 30 tahun sedang bermain permainan bersama Muaz di atas pentas semasa mempromosikan drama yang dibintangi oleh kedua-dua pelakon itu. Klik sini untuk lihat video.

Walaupun ramai yang memuji keserasian kedua-dua pelakon itu, namun terdapat segelintir warganet yang berasa kurang senang dengan tindakan Bella menghadiri program tersebut. Menjengah ke ruangan komen video tersebut di media sosial, warganet mempersoalkan sama ada Bella telah tamat tempoh ‘iddahnya susulan perpisahan baru-baru ini. Terdapat juga beberapa warga maya yang meminta Bella untuk menjaga maruahnya walaupun sudah berpisah disamping membandingkan aktres itu dengan pelakon Nora Danish yang juga baru berpisah.

Sekadar info, Bella dan Muaz pernah terpalit dengan kontroversi selepas foto memaparkan kemesraan kedua-dua pelakon itu tular di media sosial. Bella kemudian tampil menjelaskan foto itu diambil kerana aktres itu menginginkan perhatian daripada bekas suaminya Aliff Aziz dan mahu membuatkannya cemburu semasa mereka masih dalam perkahwinan. Bagaimanapun, Bella memaklumkan isu tersebut telah pun diselesaikan bersama Aliff dan keluarga disamping menyatakan dia telah memohon maaf dari suaminya itu.

Muaz pula menjelaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Bella dan mereka menjadi kawan selepas berlakon dalam drama yang sama. Terdahulu, Alif ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada 9 Mac lalu namun kedua-dua pelakon itu menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa. Bella kemudian memfailkan cerai ekspres terhadap Alif pada 11 Mac lalu dan pasangan itu sah bercerai pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version