PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak terfikir untuk membawa anaknya iaitu Siti Aafiyah aktif dalam industri muzik. Siti, 45, berkata tujuan dia memberi peluang kepada Aafiyah bermain piano sewaktu Konsert Cinta di Awan pada 10 Ogos lalu adalah kerana ingin mendedikasikan lagu baharu berjudul Nadi itu kepada dua anaknya itu. “Cuma untuk konsert itu saja sebab saya sampaikan lagu itu adalah untuk anak saya.
Permulaan dan muzik dia (lagu) Aafiyah belajar bersama gurunya itulah yang mencipta lagu itu,” katanya. Dalam perkembangan lain, Siti bakal mengadakan persembahan di konsert Festival Hausboom yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di KL Base, Kuala Lumpur. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.