PELAWAK Achey memberitahu dia mahu berehat daripada menyertai sebarang pertandingan komedi buat sementara waktu. Kata Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, buat masa ini dia mahu memberikan tumpuan dan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya menerusi media sosial. “Buat sementara waktu ni, saya nak berehat daripada apa-apa pertandingan melawak. Bukan nak tolak rezeki tapi sekarang saya fokus mencari rezeki dari buat reviu dan meniaga dalam talian.
Saya percaya pada rezeki dan tak salah beri ruang untuk bakat baharu,” katanya ketika dihubungi. Menurut Achey, program lawak juga dilihat semakin berkurangan, justeru itu tidak salah untuk dia memberi peluang kepada mereka yang mahu mencipta nama. Tambah pelawak itu, dia mahu mengikuti sikap pelawak senior dahulu yang memberi peluang kepada Bocey untuk membina nama sewaktu di awal kemunculan mereka. “Sekarang dah ketandusan program lawak, jadi biarlah saya tarik diri buat sementara waktu, bagi pelawak muda ni menyerlah.
Saya nak ikut seperti pelawak senior dulu yang beri peluang kepada Bocey untuk mencipta nama,” ujarnya Dalam pada itu, Achey berkata dia mahu menjadi sama sekali tidak akan tinggalkan pentas pertandingan melawak. Sebaliknya, situasi ‘memerah otak’ bagi mendapatkan idea untuk setiap minggu sentiasa menjadi perkara yang dirinduinya. Saya suka situasi kena ‘perah otak’ untuk cari idea, jadi saya takkan berhenti masuk pertandingan melawak.
Lagipun tujuan saya masuk bukan nak kejar habuan atau pergi ke minggu akhir, cuma bila penonton asyik lihat muka sama sahaja mereka pun jadi bosan,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.