Beri bayangan macam rumahtangga sedang retak, Isteri pertama Abg Tesla repost pasal pengorbanan jadi perhatian warganet


Tindakan isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari yang mengulang siar atau ‘repost’ sebuah video mengenai pengorbanan telah mencuri perhatian warganet. Video yang dimuat naik di TikTok itu menjelaskan tentang pengorbanan yang dilakukan seseorang belum tentu akan dihargai oleh orang lain. Sebaliknya, setiap manusia perlu mencintai diri sendiri untuk mendapatkan satu kehidupan yang lebih indah.

“Kesimpulannya dalam hidup ini, apa yang kita buat dan korbankan untuk orang lain belum tentu dihargai. Jadi, mula mencintai diri sendiri dan lebih mencintai. Kehidupan akan menjadi lebih menarik dan indah untuk anda.” Sementara itu, video tersebut juga menggunakan lagu berjudul Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain sebagai muzik latar. Terdahulu, Abang Tesla akui sudah malas bermain media sosial disebabkan ada segelintir pihak yang bersikap batu api sehingga menyebabkan keretakan rumah tangganya.

Justeru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 29, meminta pihak yang ingin melihat rumah tangganya musnah segera bertaubat. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version