Ramai yang sangka Amelia Henderson dan Aazief Khalid sedang bercinta, sekali ini penjelasan dari Tya Ariffin

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin dedah Amelia Henderson kini sedang berkawan dengan adik iparnya, Aazief Khalid selepas kelibat mereka hadir bersama ke konsert Siti Nurhaliza Love Is In The Sky di Genting Highlands, Pahang pada Ahad lalu. Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin berkata, dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mewakili adik iparnya mahu pun pelakon jelita kacukan India-Scotland itu.

Sebaliknya, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berpendapat mereka hanyalah berkawan sahaja. Dia juga enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka dan meminta orang ramai untuk bertanya kepada tuan badan sendiri. “Perkara itu tengah hangat dan menjadi gosip ketika ini. Melihat dari mata saya sendiri, mereka (Aazief dan Amelia) masih berkawan. Tetapi kalau nak tahu lebih lanjut, mungkin boleh tanya tuan badan sendiri,” katanya.

Tya berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang warganet menerusi satu siaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini. Terdahulu, nama Amelia da Aazief Amelia menjadi bualan warganet apabila mereka dilihat hadir bersama ke konsert Siti Nurhaliza. Malah, mereka juga dilihat duduk bersebelahan sewaktu menonton konsert berkenaan. Bukan itu sahaja, Aazief turut memuat naik gambar Amelia bersama keluarganya di Instagram.

Untuk rekod, Amelia Henderson pernah bercinta dengan pelakon, Aedy Ashraf sebelum memaklumkan sudah berpisah awal bulan ini. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version