SELEPAS tiga tahun tidak bertegur sapa, penyampai radio Suria FM Ajak bersyukur selepas ikatan persahabatannya dengan pelawak Shahrol kembali pulih. Ajak atau Mohd Hanafi Razak, 39, berkata, semua masalah yang timbul di antara mereka berjaya diselesaikan dengan baik tanpa campur tangan mana-mana pihak ketiga. “Inilah asam garam dalam persahabatan. Sepanjang proses berbaik itu, tiada pihak ketiga masuk campur di antara saya dan Shahrol.
“Tiada siapa melaga-lagakan dan kami selesaikan secara dewasa. Akhirnya perbalahan tiga tahun ini selesai,” katanya. Ajak berkongsi perkara itu ketika sidang media Jelajah Suria Kuasa dua yang diadakan pada pagi Rabu. Bercerita lanjut tentang perkara itu, Ajak memberitahu tindakan masing-masing menurunkan ego dapat meleraikan semua masalah yang berlaku. Kita kena perlu turunkan ego sebab benda itu adalah wajar. Jangan fikir masing-masing betul. Kalau gaduh lama pun, tiada siapa yang sebenarnya betul,” ujarnya.
Terkenang hari pertama mendapat mesej daripada Shahrol, Ajak meluahkan dia berasa terkejut dan seronok serta tidak sabar bertemu rakannya itu. “Semasa hari raya dia nampak video saya dan malam itu dia mesej ajak berjumpa di pejabat. Banyak yang dibincangkan. Kami bersembang dan ingat semula kenangan lama. Saya rasa sebak ketika itu sebab mestilah masih ada rasa sayang,” ujarnya. Untuk rekod, salah faham antara Ajak dan Shahrol sebelum ini menjadi bualan ramai selepas mereka saling berbalas kenyataan di sosial media sekitar tahun 2022.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.