Minta peminat doakan, Fasha Sandha dan suami akui dia dan suami masih menanti rezeki dikurniakan cahaya mata lelaki

PELAKON Fasha Sandha memberitahu dia dan suaminya iaitu aktor Aidil Aziz masih menanti rezeki untuk dikurniakan cahaya mata lelaki. Pernah meluahkan hasrat jalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, bagaimanapun berkata proses berkenaan bukan mudah dan perlu mengambil masa yang panjang. Malah dia perlu mengikuti beberapa prosedur sebelum menjalani rawatan tersebut.

“Belum ada rezeki lagi, lagi pun bukan mudah untuk mendapatkan cahaya mata. IVF belum bermula sebab proses itu makan masa yang lama. Ada banyak prosedur yang perlu dipatuhi sebelum nak jalani IVF tersebut,” katanya. Sementara itu, Aidil, atau Mohd Aidil Abdul Aziz, 37, memberitahu, mereka hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan.

Aktor itu juga memohon doa orang ramai agar mendoakan urusan dia dan Fasha untuk menambah zuriat dipermudahkan. “Kami ikhtiar dan Allah yang menentukan, jadi minta semua mendoakan yang baik-baik sahaja. Semoga urusan kami nak tambah anak seorang lagi dipermudahkan insya-Allah,” jelasnya. Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012 namun mereka berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 11, dan Putri Raysha Jemyma, 9 tahun. Fasha kemudiannya bertemu jodoh dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia empat tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version