Ada berlaku perselisahan faham sampai kena block dengan Shuib, ini pula penjelasan dari Rahim Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu mengakui wujudnya permasalahan antara dirinya dan rakan pelawak, Shuib Sepahtu namun tidak bersetuju masalah itu dibawa ke media sosial. Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Rahim Mat Ali ini juga mendakwa dirinya sudah lama tidak berhubung dengan Shuib Sepahtu bahkan nombor telefonnya juga sudah disekat pelawak tersebut.

“Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu mengenai perkembangan sahabat saya itu kerana sudah kena ‘block’ (sekat) dengannya (Shuib) di media sosial dan begitu juga dengan nombor telefon. Jadi, memang dah lama kami tak berhubung. Sewaktu dia bernikah tahun lalu pun, saya tidak hadir ke majlisnya sebab tidak dijemput. Tapi, syukur Alhamdulillah dia kini sudah menemui kebahagiaan semula dan saya doakan terbaik buatnya.

Cuma, diakui memang saya dan dia (Shuib) ada perselisihan faham yang berlaku, tapi tidak perlulah membawanya hingga ke media sosial. Sebagai sahabat, itu yang saya ada rasa sedikit terkilan.” Walau bagaimanapun, pelawak berusia 54 tahun ini tidak mahu mendedahkan punca kepada perselisihan faham itu kerana beranggap tidak molek sekiranya ia menjadi perhatian umum. Dalam pada itu, Rahim yang sebelum ini memuat naik perkongsian video di Instagram (IG) dengan kapsyen, ‘Daripada join podcast, baik aku join potluck’ menyifatkan hantarannya itu adalah bersifat umum.

Menurutnya, terdapat banyak mesej baik yang dikongsikan wanita di dalam hantaran video tersebut yang wajar dikongsikan sebagai pengajaran. “Video yang saya muat naik itu bersifat ‘general’ (umum), di mana banyak mesej baik disampaikan itu bagus untuk dijadikan pengajaran untuk diri saya sendiri dan kita semua yang terdedah dengan pengaruh media sosial ketika ini.

Memang banyak yang positif boleh kita ambil daripada video itu untuk dijadikan pengajaran pada diri agar tidak terikut dengan kategori orang disebutkan, terutama mereka yang ‘attention seeker’ atau laparkan perhatian.” Terdahulu, Shuib menjadi perhatian apabila memaklumkan dirinya tidak akan mengundang Rahim sebagai tetamu podcast kendaliannya menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok.

Potongan video itu kemudiannya menjadi tular dan menimbulkan kontroversi dalam kalangan wargamaya mengenai kemelut yang berlaku di antara mereka. Imbas kembali, kemelut antara ahli kumpulan Sepahtu ini mula timbul selepas pelawak Jep Sepahtu memuat naik hantaran di  IG meluahkan rasa kecewa berikutan namanya telah digunakan sebagai konten di dalam sebuah podcast.

Jep turut kesal dengan tindakan beberapa orang rakan selebriti yang didakwa sengaja meraih perhatian dengan menceritakan tentang perihal dirinya. Sementara itu, pelawak Mamat Sepah dilihat memuat naik bait lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story). Bukan itu sahaja, Shuib dilihat turut memuat naik satu hantaran dengan hanya menulis ‘A Plus’ menerusi IG Storynya.

Menerusi pengamatan, kedua hantaran tersebut dibuat beberapa jam selepas perkongsian Jep Sepahtu di IG. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version