Kakak luah rasa kecewa bila ada segelintir pihak yang jadikan pemergian Nidza Afham bahan gurauan

KAKAK sulung Allahyarham Nidza Afham kecewa apabila ada pihak mempermainkan kematian penyanyi berkenaan pada Rabu lalu. Bengang dengan sikap kurang sensitif tersebut, Irfahanie menegaskan nasib menimpa adiknya tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan. “Awak rasa okay ke tanya pasal benda macam ini? Tak faham juga manusia rasa benda macam ini boleh gurau.

“Janganlah! Saya nak cakap banyak pun tak larat dan tak faham niat orang. Tapi saya minta tolong jangan buat,” katanya. Irfa mengulas perkara itu menerusi hantaran di InstaStory dengan memaparkan tangkap layar perbualan bersama seorang pelanggannya. Pelanggan tersebut tanpa rasa bersalah bertanya sekiranya Irfa ada menjual minyak wangi jenama Nidza Afham.

Dalam pada itu, Irfa turut menjelaskan perniagaan minyak wangi yang diusahakan selama ini merupakan punca rezeki buatnya. Malah, Nidza juga pernah membantunya menguruskan perniagaan tersebut. “Saya meniaga dari dulu bukan suka-suka, ini memang perniagaan saya cari rezeki untuk anak-anak dan keluarga. Dan Afham pun pernah berkerja dengan saya untuk beberapa bulan,” jelasnya.

Sebelum ini, kehilangan Nidza dikongsi sendiri oleh adiknya yang juga seorang penyanyi Aufahanie yang memohon bentuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu. Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program reality bersama Aufa. Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version