Ramai yang tertanya tanya tentang perkembangan kes, pemergian Nidza Afham kekal diklasifikasi sebagai SDR

Kes pemergian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang sebelum ini ditemui di Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihak polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut, lapor Sinar Harian. “Siasatan diklasifikasi mengikut SDR. Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada… Continue reading Ramai yang tertanya tanya tentang perkembangan kes, pemergian Nidza Afham kekal diklasifikasi sebagai SDR

Teman wanita arwah Nidza Afham muat naik video menyanyi, sekali ramai yang bagi kata kata semangat

Teman wanita kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Hazmiera Amrisya menjadi tumpuan apabila memuat naik video menyanyikan lagu berjudul Rindu Setengah Mti. Menerusi perkongsian di TikTok, nyanyian tersebut dipercayai merupakan penyertaannya untuk sebuah pertandingan serlahkan bakat. Di dalam video tersebut, kelihatan wajah Hazmiera yang sedih sambil menyanyikan bait-bait lirik lagu itu. “Aku rindu setengah mati kepadamu..sungguh ku ingin… Continue reading Teman wanita arwah Nidza Afham muat naik video menyanyi, sekali ramai yang bagi kata kata semangat

Kakak luah rasa kecewa bila ada segelintir pihak yang jadikan pemergian Nidza Afham bahan gurauan

KAKAK sulung Allahyarham Nidza Afham kecewa apabila ada pihak mempermainkan kematian penyanyi berkenaan pada Rabu lalu. Bengang dengan sikap kurang sensitif tersebut, Irfahanie menegaskan nasib menimpa adiknya tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan. “Awak rasa okay ke tanya pasal benda macam ini? Tak faham juga manusia rasa benda macam ini boleh gurau. “Janganlah! Saya nak cakap banyak… Continue reading Kakak luah rasa kecewa bila ada segelintir pihak yang jadikan pemergian Nidza Afham bahan gurauan

Beberapa hari ni mendiamkan diri, akhirnya kekasih Nidza Afham tampil luahkan perasaan di laman ig

SELEPAS mengambil langkah berdiam diri, teman wanita Allahyarham Nidza Afham akhirnya bersuara buat pertama kali berhubung pemergian penyanyi berkenaan Rabu lalu. Reda atas kehilangan Nidza, Hazmiera Amrisya menyifatkan arwah seorang lelaki yang terbaik buat dirinya dan masih berusaha meneruskan kehidupan seperti biasa. Kata Hazmiera atau mesra disapa Miera, walaupun dugaan menimpanya berat namun dia yakin masa… Continue reading Beberapa hari ni mendiamkan diri, akhirnya kekasih Nidza Afham tampil luahkan perasaan di laman ig

Bateri telefon hanya tinggal 14 peratus, video ibu ucap terima kasih pada kekasih arwah Nidza Afham sebab kongsi lokasi terakhir arwah

Ibu kepada Nidza Afham, Irni Yusnita Istihat mengucapkan terima kasih kepada kekasih Allahyarham iaitu Hazmiera Amrisya kerana berkongsi lokasi terakhir arwah. Kata Irni, seadainya Hazmiera tidak memaklumkan tentang kehilangan Afham, dia dan ahli keluarga pasti buntu untuk menjejaki arwah. “Saya berterima kasih kepada Miera. Sebab ketika itu, bateri telefon Afham hanya tinggal 14 peratus. Andai kata lewat, jika telefon… Continue reading Bateri telefon hanya tinggal 14 peratus, video ibu ucap terima kasih pada kekasih arwah Nidza Afham sebab kongsi lokasi terakhir arwah

Tiada barang milik arwah Nidza Afham yang hilang, polis nasihatkan orang ramai berhenti keluarkan kenyataan negatif

POLIS menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berkaitan kematian abang kepada penyanyi Aufahanie iaitu Nidza Afham. Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, pihak berkuasa juga sudah mengesahkan tiada sebarang dokumen atau barang kepunyaan Nidza yang hilang seperti di dakwa sebelum ini. Malah kata Hussein, ahli keluarga Allahyarham juga tidak membuat… Continue reading Tiada barang milik arwah Nidza Afham yang hilang, polis nasihatkan orang ramai berhenti keluarkan kenyataan negatif

Ada rancang nak buat pelaburan untuk persediaan kahwin, abang dedah terjumpa fail khas dalam laptop arwah Nidza Afham makna dalam solat

Abang sulung kepada Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar berkongsi arwah membuat perancangan pelaburan sebagai persediaan kahwin. Menurut Mohd Nidza Irfan Mokhtar, 33, adiknya itu juga menunjukkan perubahan dengan memperbaiki solatnya sebagai persediaan menjadi seorang imam. “Selepas dia bekerja dengan saya dia ada bertanya di mana mahu simpan duit untuk pelaburan. Saya melihat di laptop dia… Continue reading Ada rancang nak buat pelaburan untuk persediaan kahwin, abang dedah terjumpa fail khas dalam laptop arwah Nidza Afham makna dalam solat

Kononya arwah berdepan masalah perhubungan, Aufahani luah rasa bengang bila ada yang buat spekulasi tak betul pasal pemergian abang

PENYANYI Aufahanie meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir warganet membuat spekulasi tidak benar mengenai punca pemergian abangnya iaitu Nidza Afham. Menurut Aufa atau Aufahanie Mokhtar, 21, ada individu menabur fitnah kononnya arwah sedang berdepan masalah perhubungan sehingga mengaitkan perkara itu menjadi punca pemergian. “Kami (keluarga) saksi bahawasanya mereka dalam keadaan yang baik, sedang bahagia bersama-sama. Siapakan… Continue reading Kononya arwah berdepan masalah perhubungan, Aufahani luah rasa bengang bila ada yang buat spekulasi tak betul pasal pemergian abang

Aufahanie dedah ahli keluarga mula sedar tentang kehilangan lepas dimaklumkan oleh kekasih arwah abangnya

Penyanyi, Aufahanie mendedahkan dia dan ahli keluarga mula sedar tentang kehilangan abangnya, Nidza Afham selepas dimaklumkan oleh kekasih kepada arwah abangnya itu. Ketika ditemui, pemilik nama Nur Aufahanie Mokhtar ini berkata, kekasih arwah abangnya itu merupakan individu terakhir yang berkomunikasi dan individu pertama mengetahui mengenai kehilangan Nidza. Tambah Aufahanie, dia dan ahli keluarga pasti tidak… Continue reading Aufahanie dedah ahli keluarga mula sedar tentang kehilangan lepas dimaklumkan oleh kekasih arwah abangnya

Bapa dapat firasat masa laungkan azan, kakak dedah jumpa nota rancang mahu kahwin dalam telefon Nidza Afham

BAPA penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Mokhtar Mahmud mendapat firasat akan bertemu mayat anaknya ketika melaungkan azan di sekitar jambatan Sungai Klang pada petang Rabu. Perkara tersebut dikongsi oleh kakak sulung kepada Nidza iaitu Irfahanie yang juga turut berada di sekitar kawasan myt adiknya ditemukan. “Ayah cakap masa melaungkan azan, dia sudah ada firasat Nidza berada… Continue reading Bapa dapat firasat masa laungkan azan, kakak dedah jumpa nota rancang mahu kahwin dalam telefon Nidza Afham

Exit mobile version