DIGARI bersama isteri tercinta menjadi satu kenangan indah buat pelawak Mamat Sepah ketika ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat pada 2 Julai lalu. Disebabkan kejadian itu juga, Mamat atau Mohd Noor Murad, 39, menganggap ia sebagai satu simbolik dia dan isteri iaitu Nordiana Ibrahim akan hidup bersama selamanya. “Bergari bersama isteri menjadi kenangan manis yang tak boleh lupa. Kami bergari pergi mahkamah dan menjalani ujian air kencing.
“Aku cakap dekat isteri kalau panjang umur kami, dialah satu-satunya manusia yang dengan aku sampai bila-bila. Bergari bersama itu ibarat simbolik akan hidup bersama,” katanya. Mamat berkongsi perkara itu semasa perkara menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar, Shuib dan Fizie. Berkongsi lebih lanjut, Mamat memberitahu isterinya sangat terkesan dengan kejadian tersebut.
Malah isterinya juga masih lagi bersedih walaupun kejadian tersebut sudah hampir sebulan berlalu. “Aib isteri aku macam mana? Aib aku tak kisah sebab aku sudah biasa. Selama ini orang puji dia tapi sekarang dia simpan air mata sampai ke hari ini. Isteri aku ada masalah anxiety yang agak teruk,” ujarnya. Dalam pada itu, Mamat turut berkongsi kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan enggan mengulas lanjut mengenainya.
“Ia bukan tentang penyebaran kes pembnhn, aku hanya orang yang disyaki tapi tuduhan belum ada lagi. Perkara ini masih lagi dalam siasatan lagi. Aku pun tidak mahu mendahului pihak berkuasa,” kongsinya. Pada 5 Julai lalu, Mamat mengakui dia merupakan pelawak yang ditahan bersama isteri bagi membantu siasatan penyebaran maklumat di aplikasi telegram berkaitan gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.