Pelakon Siti Elizad terima teguran netizen selepas teruk dikritik gara-gara babak sentuhan dengan aktor Amar Baharin ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersiri. Tindakan tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet memandangkan dia dan Amar sudah berkahwin. Susulan itu, menurut laporan, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin memberitahu tidak mengetahui namanya menjadi bualan hangat warganet di media sosial.
“Kalau pihak mStar tak hantar saya pun tidak tahu mengenai perkara ini. Saya bila berkerja saya memang tidak membaca sebarang komen,” katanya. Bagaimanapun, aktres yang berusia 40 tahun itu enggan untuk memberi sebarang komen kerana drama tersebut belum ditayangkan di kaca televisyen. Bukan itu sahaja, dia turut berlapang dada terima segala kritikan dan teguran warganet berkaitan isu tersebut.
“Saya masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan mengenai perkara ini tapi saya berharap orang ramai menonton dahulu drama itu. Saya faham ini bab agama. Apa-apa pun saya anggap ini sebagai teguran dan berlapang dada dengannya,” ujarnya lagi. Terdahulu, pelakon Amar Baharin dikecam hebat dalam kalangan warganet disebabkan menyentuh pipi dan tangan Siti Elizad secara ‘skin to skin’ ketika melakonkan sebuah babak.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.