PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof sudah bersedia untuk melafazkan talak terhadap isterinya iaitu Ira Kazar. Perkara itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan kerana Ira tidak dapat hadir ke mahkamah pada Selasa dan memaklumkan baru sahaja melantik peguam bagi urusan berkenaan. Hal ini dimaklumkan oleh peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais.
“Syamsul sedia untuk melepaskan Ira. Syamsul pastinya mahu segera selesaikan kes mahkamah ini. Ira baru sahaja melantik peguam dan disebabkan itu dia tidak hadir pada hari ini (Selasa),” katanya kepada pemberita. Azmi ditemui media semasa sebutan pertama perceraian Syamsul dan Ira yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Selangor pada Selasa. Syamsul dan Ira bagaimanapun tidak hadir pada sebutan yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din.
Sementara itu, Ira pula diwakili peguam Ahmad Fuad Borhan. Syamsul memfailkan pisah pada 19 Ogos lalu. Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan berpisah pada 14 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.