13 tahun menanti zuriat, bayi pergi menghadap illahi lepas 5 hari hantar dekat pengasuh

Bapa kepada seorang bayi yang pergi menghadap illahi di sebuah TASKA di Kelemak, Melaka pada Jumaat mendakwa anaknya telah ditekup dengan bantal sehingga tidak bernyawa. Memetik laporan Buletin TV3, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim berkata, pada awalnya dia percaya bahawa anak lelakinya yang berusia 8 bulan itu pergi menghadap illahi akibat tersedak susu sehinggalah dia melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Apabila melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), saya memang tidak percaya. Saya sendiri tengok dengan polis. Berdasarkan rakaman kejadian berlaku dalam sekitar jam 8 pagi.” Dalam pada itu, Fikry mengakui apa yang dilakukan pengasuh terhadap anak tunggalnya itu adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima. “Pengasuh bedung anak saya, dia sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup muka dengan bantal. Itu memang saya tidak boleh terima.”

Fikry berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya sekitar jam 9 pagi iaitu selepas menerima panggilan telefon yang memaklumkan keadaan bayinya sudah biru, selain mulut turut keluar darah. “Setibanya di TASKA, isteri mendapati anak kami sudah tidak sedarkan diri dan muka sudah bertukar biru selain mulutnya juga berdarah. Isteri kemudian terus bergegas membawa anak ke Hospital Alor Gajah meskipun pihak TASKA meminta dibawa ke klinik kesihatan. Bagaimanapun sebaik tiba di hospital bayi kami disahkan sudah tiada.”

Fikry yang bertugas di Kem Perdana, Sungai Besi memaklumkan, anaknya itu baru lima hari dihantar ke TASKA berkenaan memandangkan isterinya akan mula bekerja tidak lama lagi selepas kira-kira setahun cuti tanpa gaji. “Kami menanti 13 tahun untuk dikurniakan anak dan selepas lima hari dihantar ke TASKA, tidak sangka pula hal ini berlaku.”

Difahamkan, polis telah menahan seorang pengasuh wanita disyaki terlibat dalam kes pemergian bayi berkenaan. Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version