Pihak DBKL beri sumbangan RM30k pada keluarga mangsa tanah jerlus sebelum berangkat ke India

Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi berusia 48 tahun berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India. Pencarian wanita itu bagaimanapun dihentikan selepas 9 hari atas faktor keselamatan serta risiko yang boleh dihadapi oleh pasukan bomba. Difahamkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi sumbangan ihsan kepada keluarga mangsa sebanyak RM30,000 sebelum mereka berangkat ke India.

Menurut laporan Astro AWANI, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif memberitahu, wang tersebut diserahkan secara tunai kepada keluarga mangsa sehari selepas kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR). “Ingin saya jelaskan di sini, ini bukan pampasan, ini adalah sumbangan ihsan daripada DBKL kepada keluarga mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa ketika dihubungi memberitahu, mangsa diberi sumbangan daripada DBKL dan pihak korporat. Beliau berkata cadangan pemberian pampasan kepada keluarga mangsa akan dibincangkan mesyuarat Jemaah Menteri.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version