Amir raja lawak luah rasa syukur perniagaan makin berkembang, kali ni buka restoran AP Fried Chicken

Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan menjual ayam goreng, francais dari AP Fried Chicken di medan selera stadium Kota Bharu, Kelantan. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi di laman Facebooknya, dia menawarkan pelbagai promosi termasuklah Air Jagung Amerreka pada hari pembukaan pada Isnin lalu.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat ramai pelanggan beratur sehingga luar restoran demi menyokong perniagaan baharu yang diusahakan oleh pelawak tersebut. “Asalamualaikum, dengan keberkatan penghulu segala hari, saya nak beritahu yang mana saya akan buka kedai di medan selera stadium Kota Bharu, Kelantan, lot kedai yang dekat tangga mengadap Hotel Perdana. Bisnes kali ini saya akan jual ayam goreng, francais dari AP Fried Chicken, insya-Allah ada juga fries, burger, nasi dan lain-lain lagi.

Mudah-mudahan diberkati Allah, dipermudahkan segala urusan kami dan kita semua. Aamiin,” kata Amir. Sekadar info, Amir mula mengusahakan Air Jagung Amerreka di tepi jalan pada tahun 2017 dan turut mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version