Dari tahun lepas simpan impian, Puteri Sarah kongsikan reaksi ibu bapa bila dapat kereta Proton X50

Titik peluh pelakon Puteri Sarah Liyana membuahkan hasil apabila dia dapat menghadiahkan sebuah kereta kepada kedua ibu bapanya. Ketika ditemui, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin itu, mengucapkan rasa syukur apabila hasratnya tercapai untuk membalas jasa dan budi ibu bapanya. “Alhamdulillah, perniagaan saya semakin maju. Jadi, saya nak tunjuk penghargaan kepada keluarga saya dan nak balas budi serta dapat gembirakan mereka.

Saya pun baru balik daripada bawa anak-anak dan keluarga bercuti. Alhamdulillah, ini rezeki saya.” Menurut aktres berusia 39 tahun itu, ibu bapanya tidak mampu menahan air mata selepas menerima kejutan daripadanya. Dalam masa yang sama, Puteri Sarah memaklumkan bahawa dia menyimpan wang sejak tahun lalu untuk membeli kereta tersebut.

“Mereka rasa terharu sehingga menangis. Sebab mereka rasa macam ‘kenapa saya nak bazirkan duit’. Tapi saya rasa itu bukan bazirkan duit tapi lebih kepada beri penghargaan yang tak seberapa untuk ibu bapa saya. Sebenarnya dari tahun lalu dah saya simpan impian itu, bekerja keras untuk simpan duit dan Alhamdulillah impian tercapai.” Puteri Sarah berkata demikian seusai program Muzikal Lawak Superstar 4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon drama Polis Peronda tersebut sempat menitipkan nasihat buat kaum Hawa agar mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian. “Saya pun nak beritahu kepada semua juga, siapa-siapa yang merupakan ibu tunggal atau isteri yang rasa diri tak boleh… sebenarnya mereka boleh bangkit jadi macam saya dan boleh banggakan keluarga.” Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram Story, Puteri Sarah telah menghadiahkan kereta Proton X50 kepada ibu bapanya dengan harapan dapat menggembirakan mereka.

Hantaran tersebut kemudian meraih perhatian warganet yang rata-rata berbangga dengan Puteri Sarah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version