Banyak haiwan yang nampak lemah dan badan kurus, individu luah rasa kecewa dengan keadaan di Zoo Negara

Zoo Negara merupakan antara destinasi yang terkenal sejak dahulu lagi dan merupakan antara tempat yang paling dikunjungi ketika hujung minggu atau cuti sekolah. Pun begitu, baru-baru ini seorang pempengaruh di TikTok meluahkan rasa hampanya dengan keadaan zoo tersebut. Dalam hantaran tersebut, Shima Osman yang sering membawa watak jururawat di TikTok miliknya itu berkongsi pengalamannya bersama keluarga berkunjung ke Zoo Negara baru-baru ini. Klik sini untuk lihat video.

Katanya, kebanyakan haiwan-haiwan yang ada kelihatan lemah, tidak aktif serta berbadan kurus. “Kita ini sendiri boleh lihat binatang itu ceria atau tidak. Perut harimau pun kempis, tukang bagi makan dekat Zoo Negara besar lagi perutnya. Haiwan yang ada pun jalan macam sakit. Kawasan sekeliling pun seperti tidak terurus. Akuarium ikan pun air keruh, tak tahu apa yang ada,” katanya.

Menurutnya, Zoo Negara sudah sepatutnya melakukan perubahan drastik termasuklah menukar lokasinya memandangkan lokasi sekarang terletak terlalu dekat dengan kawasan perumahan. “Binatang-binatang di sana berada dalam keadaan terkumpul pada satu ruang kecil, ruang mereka terhad untuk bergerak. Bayangkan anda (manusia) duduk sebegitu, bertahun-tahun. Tak tertekan?” soalnya. Video berdurasi 15 minit yang dikongsikannya itu diharap dapat membuka mata pihak berwajib untuk melakukan penambah baikan terhadap destinasi pelancongan itu.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat hampir 70K tontonan serta lebih 500 komen. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version