Ramai yang ingat dia tarik semula kes terhadap Sarah Yasmine, sekali ini penjelasan dari Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menyatakan kes undang-undang yang ditujukan terhadap bekas kekasih gelapnya, Sarah Yasmine masih belum berakhir. Menurut Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz dalam perkongsiannya di Instagram, pelantun lagu Kalau Cinta itu menafikan dakwaan bahawa kes tersebut telah diselesaikan dengan cara baik seperti yang didakwa oleh Sarah.”Kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar….

Ini adalah penjelasan saya tentang fakta kesimpulan kes mahkamah yang melibatkan pihak sana setelah mendapati ada kekeliruan ramai tentang isu ini. Saya ingin nyatakan dengan jelas disini, memang kes ini telah selesai tetapi ia selesai dengan mahkamah telah memutuskan ‘Final Court Order’ terhadap pihak sana. Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar.

Dengan itu perintah mahkamah tersebut adalah muktamad dan ia telah terlaksana serta merta. Dan saya yakin pihak sana tahu dan faham akan perintah-perintah yang tertakluk di dalam ‘Final Court Order’ itu,” tulisnya. Mengulas lanjut, penyanyi berusia 33 tahun itu berharap kenyataan yang dikeluarkan dapat menjernihkan keadaan serta mengelakkan salah faham kepada pihak-pihak yang berkait.

“Dengan penjelasan ini, saya harap tiada lagi kekeliruan dan saya juga harap tiada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan fakta kesimpulan kes ini,” tulisnya. Untuk info, Sarah sebelum ini menerima notis daripada mahkamah untuk tidak mengeluarkan sebarang pendedahan di media sosial. Ini termasuklah dia tidak dibenarkan memberi komen mengenai temu bual aktor berkenaan yang dimuat naik di saluran YouTube The Common Folks pada Mei lalu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version