Pelakon Ozlynn ikhlas berhijab dan tampil berkongsi kisah penghijrahannya selepas menunaikan ibadah haji pada bulan Jun lalu. Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, pemilik nama Rozlinawaty Ismail mendedahkan, sebelum ini dia pernah memakai tudung dan berniqab ketika keluar dari rumah. Jelasnya, tindakan tersebut dibuat bagi mengelakkan orang ramai menyedari dirinya di tempat awam.
Ozlynn berkata, setiap kali dia berhijab, suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan akan memuji kecantikannya. “Dari dulu lagi, kalau saya keluar seorang diri saya akan pakai tudung dan pakai pelitup muka, kadang-kadang saya berniqab jadi orang tak perasan. Johan selalu cakap, ‘sejuknya..cantiknya isteri saya, kalau macam ini dah lengkap dah.,” katanya.
Bagaimanapun, Johan menasihati Ozlynn agar ikhlas menukar imejnya dan menutup aurat kerana Allah SWT. “Itu yang dia inginkan tapi, dia selalu katakan, ‘buat kerana Allah, saya takut kalau buat kerana saya suatu hari nanti katakan awak kecewa, terasa hati atau menangis sebab saya..yang hanya boleh memulihkan jiwa hanyalah Allah. Jadi kalau buat kerana Allah akan selamat dunia akhirat.” kongsi Ozlynn.
Dalam nada sebak, aktres berusia 43 tahun itu menyifatkan keputusanya untuk berhijab adalah tanda kasih sayang daripada Allah SWT terhadap dirinya. Ozlynn juga tidak menyangka dirinya menerima layanan sangat baik ketika dijemput menjadi tetamu Allah menunaikan rukun Islam yang kelima. “Bila balik dan keluar rumah..saya pakai sahaja tudung. Kemudian Johan bertanya adakah saya akan terus pakai. Saya kata pada Johan,’mulai pada hari ini, aurat saya hanya untuk dia sahaja.’
Itu adalah tanda kasih sayang Allah, yang mana saya tak pernah terfikir pun apa kebaikan yang pernah saya lakukan sampai Allah bagi keistimewaan sepanjang mengerjakan haji. Saya pergi haji menggunakan pakej VVIP daripada raja Saudi. Layanan Allah di sana pun sangat VVIP,” ujarnya lagi. Sekadar info, Ozlynn dan suami mendapat jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi ke Mekah pada 7 Jun lalu bersama 11 lagi pengamal media bagi menunaikan ibadah haji.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.