Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam mendedahkan anak lelakinya, Syamsul Yusof sempat titipkan nasihat untuk menjaga kesihatan sebelum kembali ke studio menyiapkan tugasan yang belum diselesaikan. Menurut laporan HibGlam, Yusof dan isterinya Datin Patimah Ismail cukup gembira dengan kepulangan anaknya itu disisi keluarga telah menyajikan hidangan kegemaran Syamsul iaitu masak lemak kuning otak lembu.
“Dia minta saya dan ibunya jangan stres. Kena jaga kesihatan. Itu pesan Syamsul. Apabila Syamsul menghubungi ibunya dan beritahu nak balik rumah jumpa kami berdua, saya panjatkan rasa syukur kepada Allah atas kemanisan dihadirkan buat keluarga kami. Sudah tentu ibunya paling teruja sampai minta ingatkan jangan lupa temankan dia ke pasar pagi semalam sebab nak beli paru serta otak lembu.
Isteri saya kata dah lama Syamsul tak rasa lauk-pauk air tangannya terutama juadah kesukaannya iaitu masak lemak kuning otak lembu, cuma paru pula dah habis awal,” katanya. Tambah Yusof lagi, dia enggan untuk mengungkit kisah lampau malah sudah lama memaafkan segala kekhilafan anak kesayangannya itu. Sejak semalam, perkongsian Patimah Ismail di media sosial mendapat perhatian ramai apabila Syamsul dilihat sudah bertemu semula dengan keluarganya setelah bertahun-tahun tidak berhubung antara satu sama lain.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.