Dah lama simpan hasrat untuk berhijrah, Shuhada dan anak anak mulakan kehidupan baru di bumi Australia

MEMULAKAN kehidupan baharu di bumi Australia, personaliti media sosial dan juga usahawan Nurul Shuhada menganggap ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Kata Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijrah ke negara lain dan melihat tindakan dilakukan ini merupakan satu perjuangan untuk kebaikan. “Sebenarnya dah lama rancang. Rasanya sejak lapan bulan lalu saya sudah mula atur untuk memulakan kehidupan baru di sini.

Saya ambil keputusan untuk berhijrah kerana Allah. Nak mula hidup baru supaya anak-anak dapat rasa persekitaran baru. Boleh belajar budaya orang di sini,” katanya ketika dihubungi. Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini juga memberitahu dua orang anaknya iaitu Humairah dan Umar mudah menyesuaikan diri sejak mereka tiba di Melbourne sekitar pertengahan Julai lalu.

Biarpun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, namun ia bukan penghalang buat Shuhada berdikari di bumi asing. Malah ketika mula berhasrat untuk berhijrah, dia sudah menyusun baik setiap langkah supaya urusannya di sana dipermudahkan. “Kehadiran saya di sini juga diterima baik. Dapat bertemu keluarga angkat yang banyak membantu semasa tiba dan tidak banyak masalah berlaku. Syukur segalanya dipermudahkan.

Sebagai ibu mestilah saya sudah rancang awal tentang urusan melibatkan anak-anak. Semuanya diatur dengan baik termasuk urusan tempat tinggal dan sekolah. Dua orang anak saya seronok di sini dan mereka juga senang sesuaikan diri. Malah ketika perubahan musim pun mereka tidak alami sebarang alahan,” ujarnya.

Tambah Shuhada dia masih meneruskan tugas sebagai duta produk tempatan termasuk melakukan reviu jika diperlukan. Malah, dia juga bersedia untuk berulang-alik menguruskan kes perbicaraan mahkamah berkenaan dakwaan dipukul oleh Hafidz sebelum ini. “Sebelum ini pun saya tinggal di Perlis dan boleh datang ke Kuala Lumpur, perjalanan lima jam. Sekarang ini mestilah tiada isu nak hadir ke mahkamah. Saya ada matlamat di sini dan dalam masa sama masih teruskan tawaran mempromosikan produk dari Malaysia,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version