Dapat rasakan dia seorang yang penyayang, Ds Vida luah rasa kesian bila tengok Abg Bas peluk ibu lepas bebas dari tahanan

DSV rasa kasihan dan menangis apabila menonton video Abang Bas memeluk ibunya selepas bebas dari tahanan setelah bayaran ikat jamin dibuat. Menerusi video yang dikongsi usahawan tersebut, dia menyatakan rasa kasihan kepada Abang Bas memandangkan turut mempunyai anak bujang di rumah. Ujar Dato Seri Vida, sewaktu melihat video berkenaan, dia dapat rasakan bahawa Abang Bas memang seorang yang penyayang lebih-lebih lagi ketika dia mencium ibunya. Klik sini untuk lihat video.

Dia juga menyatakan video sewaktu Abang Bas mencium anak buahnya adalah bentuk kasih sayang dan bukan tindakan yang disifatkan gangguan apabila melihat dari gerak tubuhnya. Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar,  Hasmiza Othman, 51, enggan menyetuh perihal kes tersebut dan hanya merasakan kasihan dengan Abang Bas apabila ditahan disebabkan penggunaan kata ‘crush’ yang dia sendiri tidak tahu maksudnya.

Menurut usahawan itu, dia juga akui tidak tahu maksud perkataan tersebut walaupun anak-anaknya kerap menggunakannya di rumah. Namun begitu, Vida telah menzahirkan rasa terima kasih kepada Datuk Zaharil atau dikenali sebagai Peguam Pencil Box kerana mengambil kes ini serta membantu proses ikat jamin tempoh hari. Perkongsian usahawan itu telah mendapat respon yang pelbagai di media sosial termasuklah pendapat daripada selebriti, Abby Abadi.

Abby menyatakan yang dia yakin Abang Bas tidak bersalah dan bersetuju dengan Dato’ Seri Vida di mana tahu yang pemuda terbabit pasti tidak berniat seperti yang digembar gemburkan. Terdahulu, keluarga Abang Bas telah berjaya membayar ikat jamin sebanyak RM40,000 di Mahkamah Muar selepas pemuda terbabit ditahan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 159a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terdahap Kanak-Kanak 2017.

Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan telah diwakili peguam, Datuk Zaharil Muhaiyar secara probono. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version