Tak sampai sebulan dalam pnjara, Dai Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hkuman

SELEPAS 21 hari dipenjarakan, pendakwah selebriti Da’i Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman di Penjara Kajang oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Sinar Harian melaporkan penanguhan hukuman itu sehingga rayuan Syed atas kesalahan merogol seorang wanita lima tahun lalu didengar dan diputuskan. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Aslam selepas membenarkan permohonan dibuat peguam Syed iaitu Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff.

Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili pemohon iaitu Datuk Ab Bakar Isa Ramat mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu sesi pendengaran permohonan penggantungan pelaksanaan itu dibuat mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah. Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dibuat dengan beberapa syarat namun tiada butiran secara terperinci didedahkan. Sebutan kes rayuan itu akan didengar pada 24 September ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 30 Ogos lalu, Syed menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh apabila dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam kerana mergl seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu. Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas tuduhan wanita berusia 23 tahun itu di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 Shah Alam, pada pukul 1.35 pagi, 11 September 2019.

Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Mahkamah Tinggi bagaimanapun memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan tersebut selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan sebelum didapati bersalah.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version