SENTIASA mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinan, pelakon Fattah Amin meluahkan rasa sayang terhadap isterinya iaitu aktres Nur Fazura meskipun menyedari rumah tangga mereka bakal berakhir dengan perpisahan. Berkongsi luahan hatinya itu di Instagram, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, turut memohon orang ramai mendoakan agar urusannya sekeluarga dipermudahkan. “Doakan yang baik-baik buat kami.
Fattah menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram. “Apa-apa pun jadi Daddy akan sentiasa sayang awak berdua,” katanya. Bersama kapsyen berkenaan, dia turut memuat naik foto terakhir Fazura dan anak mereka iaitu Nur Fatima Aisya yang dirakam. Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut turut bersimpati akan dugaan yang dihadapi pasangan ini. Malah tidak kurang ada yang mahu mereka meneruskan hubungan sebagai suami isteri.
“Pertahankan Faz (Fazura). Pujuk semula hati Faz. “Semoga ada sinar kembali. Ramai peminat mendoakan kebahagiaan Fattah. “Semoga ada keajaiban dalam hubungan. Allah uji supaya kita boleh harungi atau tidak. Kami doakan yang terbaik,” komen warganet. Pada pagi Rabu, pasangan ini hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi sebutan permohonan cerai.
Fattah ketika ditemui media memaklumkan dia masih menyayangi isterinya itu. Kes akan disambung pada 7 Oktober berdepan sebagai penentu hubungan rumah tangga mereka. Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.