Tarikh permohonan cerai masih belum ditetapkan, Fazura mohon dilepaskan dengan cara baik

Selebriti terkenal, Fazura mohon dilepaskan secara baik kepada suaminya, Fattah Amin selepas melayari rumah tangga selama 7 tahun. Memetik laporan dari Utusan Online,  perkara tersebut dinyatakan oleh Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40,  menerusi permohonan yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Jumaat lalu.

Difahamkan, permohonan berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau berpisah secara baik. Walau bagaimanapun, sumber memaklumkan yang tarikh sebutan permohonan cerai secara baik itu belum lagi ditetapkan oleh pihak mahkamah. Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada aktor terkenal, Fattah Amin sudah melantik peguam syarie atau belum bagi mewakili dirinya bagi permohonan cerai tersebut.

Dalam pada itu, peguam syarie kepada Fazura tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan lagi memandangkan kini berada di luar negara. Terdahulu, berita Fazura menfailkan tuntutan perpisahan terhadap suaminya benar-benar mengejutkan ramai memandangkan rumah tangga mereka yang jauh daripada gosip. Namun begitu, beberapa spekulasi timbul termasuklah ada dakwaan mengatakan wujud orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti tersebut.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version