Ditawarkan dengan bayaran tinggi, Jue Aziz luah rasa sedih bila ditawarkan berlakon tapi kena buka tudung

PELAKON Jue Aziz mendedahkan dia pernah diminta untuk membuka tudung sekiranya menerima tawaran berlakon dalam filem berkenaan. Meskipun menerima bayaran tinggi, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 41, berkata dia menolak tawaran berkenaan kerana tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan. Kata Jue, lebih mengejutkan apabila ada individu mengaku agamawan mengizinkan perkara tersebut dilakukan atas sebab filem berkenaan mampu memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Saya ada dapat tawaran cerita mengenai sejarah namun minta untuk buka tudung. Dia bagi bayaran yang tinggi sebab memang mahukan saya. Semasa itu saya memang terdesak sebab tidak ada tawaran berlakon tapi saya tolak sebab takkanlah semata-mata nak berlakon cerita ini saya kena buka tudung. Yang saya terkejut, ada ustaz di situ yang kata boleh buka tudung sebab cerita berkenaan mengetengahkan mengenai sejarah. Katanya tidak mengapa untuk buat benda itu. Saya pelik sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Jue meluahkan rasa sedih apabila bakat pelakon wanita yang mengenakan hijab tidak diketengahkan oleh beberapa produksi. “Saya sangat sedih sebab kita ini Malaysia. Banyak orang Islam. Market pelakon beertudung ini tidak ditonjolkan, tidak boleh berlakon banyak karakter,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version