Sejak pagi tadi, video gurauan KJ di konti telah mendapat perhatian ramai dan kebanyakan warganet kurang menyenangi tindakannya yang dikatakan memerli Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara tersebut menjadi heboh apabila ada sesetengah pihak menganggap gurauan berkenaan berlebihan memandangkan ia dikongsikan di media sosial radio terbabit sebelum dipadam.
Susulan daripada itu, memetik laporan, salah seorang penyampai radio yang ada bersama KJ atau Khairy Jamaluddin sewaktu mengumumkan ‘menifestonya’ jika memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH), Johan telah membuka mulut berkenaan isu terbabit. Ujarnya, dia enggan mengulas lebih lanjut perkara itu kerana hanya bekerja dan pihak pengurusanlah yang perlu menjawab hal-hal tersebut.
“Saya hanya bekerja. Seharusnya isu itu pihak pengurusan yang jawab,” jelasnya. Katanya lagi, dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang penyampai radio, sama seperti tiga lagi penyampai yang ada bersamanya dan bertugas menghiburkan para pendengar. “Saya hanya menjalankan tugas sebagai penyampai untuk hiburkan pendengar,” katanya.
Terdahulu, video sewaktu KJ mempromosikan diri untuk ABPBH bagi meraih undi sebagai Penyampai Radio Paling Popular 2024 telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing warganet bertelagah tentang caranya ‘bermenifesto’. Ramai pihak menuduhnya menyindir PMX apabila menggunakan intonasi suara beliau sewaktu berkempen untuk pilihan raya. Perkara tersebut menjadi semakin besar apabila ada sesetengah pihak mengatakan mahu memboikot stesen radio disebabkan isu berkenaan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.