Hanya baring untuk tunggu waktu solat, Pu Riz luah rasa kecewa lepas kena jerkah dengan seorang jawatankuasa masjid

Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid. Menerusi hantaran di Instagram (IG), PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berasa terkilan apabila ditegur semasa berehat seketika sementara menunggu waktu solat. “Pak cik-pak cik yang bertanggungjawab selia masjid, jangan jerit saat orang iktikaf di masjid. Bukan tidur semalaman pun, hanya berehat sekejap menunggu maghrib.

Sajalah berkongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan berjemaah waktu maghrib kerana sedikit masa dan sebagainya, hari itu saya saja tunggu. Terkejut, kena jerit baring dalam masjid. Sedih juga la.” Menurut pendakwah berusia 29 tahun tersebut, tindakan seperti itu adalah tidak wajar dan kurang sopan. “Dia mari dengan suara yang amat deras dan kuat. ‘Tak boleh tidur dalam masjid, orang marah!’ Siapa nak marah? Nanti kalau kata balik dia rasa kita biadab. Buat apa buat masjid, tapi tak bagi orang duduk sekejap?”

Dalam masa yang sama, suami kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa itu turut berkongsi tentang iktikaf yang dinyatakan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW. “Ada manfaat sebenarnya bila tunggu waktu solat. “Kata Nabi Muhammad SAW, ‘menunggu waktu solat itu adalah dituntut dalam agama dan juga iktikaf.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version