Tular video pemandu bas jadikan murid sekolah sebagai konten di tiktok, sekali ini pula respon dari Menteri Pembangunan Wanita

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri menegaskan bahawa tindakan pemandu bas jadikan murid sekolah konten TikTok tak boleh diterima dan sepatutnya tidak dinormalisasikan. Hal tersebut dinyatakan beliau susulan tularnya tangkapan layar video TikTok seorang pemandu bas  yang menjadikan murid-murid sekolah rendah sebagai konten dan ditonton jutaan viewers.

Ujar Nancy, pihaknya telah mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis dan sedia memberikan kerjasama dalam siasatan akan datang. “Tingkah laku ini tidak diterima dan tidak sepatutnya dinormalisasi. Saya telah mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis dengan kadar segera dan kami sedia memberi kerjasama kepada D11 IPK Johor,” tulisnya di platform X.

Difahamkan, pemandu bas dengan pengikut lebih daripada 600,000 pengguna di aplikasi TikTok telah memuat naik konten berkenaan murid sekolah termasuklah murid perempuan dengan kapsyen yang tidak sesuai. Dia yang merakam video-video tersebut tanpa disedari oleh murid terbabit telah menghadirkan pelbagai komen di ruangan TikTok berkenaan.

Menurut Nancy Shukri lagi, berkongsi gambar dan video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa mereka adalah satu tindakan melanggar hak dan privasi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Terdahulu, tular di platform X apabila tangkapan layar konten-konten TikTok milik satu akaun pemandu bas yang menjadikan murid sekolah yang dibawa sebagai ‘modal’ untuk meraih tontonan yang banyak di platform berkenaan.

Pelbagai kapsyen yang kurang sesuai ditulis ke atas video yang memaparkan kanak-kanak perempuan yang dibawa sehingga mengundang rasa kurang senang banyak pihak terutamanya ibu bapa.

Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version