SEBULAN selepas menimang cahaya mata, penyanyi rap MK memilih nama Aya Rayana buat puteri sulungnya. MK atau Muhammad Hairi Amin, 28, memilih nama tersebut yang mempunyai makna indah dalam Islam. “Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, al-Quran dan asal Arab. Rayana, bermaksud pintu Syurga,” katanya. MK berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Selasa.
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pemilihan nama tersebut malah ada juga yang tidak sabar mahu melihat wajah bayinya. “Cantik nama anak, semoga membesar dengan baik sesuai dengan nama,” komen warganet. Pada 3 Ogos lalu, MK memaklumkan isterinya iaitu Siti Hajar selamat melahirkan cahaya mata sulung merek di sebuah pusat perubatan. Untuk rekod, MK dan Hajar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.