Selepas empat tahun terpisah, usahawan kontroversi dan pempengaruh Nur Sajat meluahkan rasa syukur apabila dapat berjumpa kembali dengan dua anaknya, Syaza dan Syahmi. Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, berkata, dia gembira dapat berkumpul semula dengan keluarga kecilnya. “Akhirnya… kami bersatu kembali.” Bagaimanapun, Sajat tidak mendedahkan secara terperinci lokasi dan detik pertemuan dengan anak-anaknya.
Menerusi hantaran sama, Sajat turut berkongsi beberapa swafoto bersama Syaza dan Syahmi buat tontonan umum. Dalam pada itu, Sajat turut menggunakan lagu berjudul Bicara Manis Menghiris Kalbu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai muzik latar. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira melihat mereka kembali bersatu. Malah tidak kurang juga yang mendoakan agar mereka kelal bersama dan bahagia selamanya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.