Pasal isu Abang Bas, Nancy Shukri akui bersedia sekiranya ada pihak yang nak ambil tindakan undang undang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan segala tindakan serta maklum balas kementeriannya membabitkan isu ‘Abang Bas’ dan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah mengikut lunas undang-undang. Beliau berkata, pihaknya bersedia sekiranya ada pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Kepada yang nak mengambil tindakan terhadap kami itu terpulang, sekurang-kurang rakyat tahu kita sudah mengambil tindakan untuk menjalankan tugas kita menjaga kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Ramai yang bertanya kenapa sibuk dengan isu ‘Abang Bas’ tetapi tutup telinga soal isu GISBH…dalam hal ini GISBH adalah (di bawah) kuasa polis kerana kami bukan agensi utama yang menangkap dan menyiasat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Penyerahan Tajaan Yayasan Kebajikan Negara dan Bintulu Port Holdings Berhad di lobi Hospital Bintulu di sini pada Khamis. Menteri itu berkata demikian sebagai mengulas reaksi beberapa pihak yang mempersoal kenyataan serta tindakannya yang dianggap berat sebelah mengenai isu ‘Abang Bas’ dan GISBH.

“Jadi GISBH berbeza daripada ‘Abang Bas’ kerana kita nak pastikan kanak-kanak (dalam hantaran media sosial TikTok) itu dilindungi dan saya tahu banyak badan bukan kerajaan nak tolong kita tapi kita cakap tunggu dulu sebab ini bukan kes biasa,” katanya. Pada 5 September lepas, seorang pengguna media sosial X berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah atau ‘Abang Bas’ yang merujuk seorang murid perempuan sebagai “crush” dan “kesayangan”.

Susulan itu, Nancy mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version