Nekad akan cari sampai lubang cacing, Che Ta bengang bila ada yang kutuk cara pemakaian ank

Di Instagram Story, pelakon Rozita Che Wan dilihat membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menghina dan mengutuk cara pemakaian anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana. Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, individu tersebut sudah melampaui batas kerana menghina cara pemakaian Aaisyah seperti pelacur. Oleh sebab itu, Che Ta tampil membuat laporan polis dan menyerahkan segala urusannya itu kepada pihak berkuasa. “Tak ada masalah! Aku akan cari sampai lubang cacing! Silap besar la hang cari pasal dengan aku.”

Selain membuat laporan polis, Che Ta dilihat hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Terdahulu, komen itu muncul disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah akaun TikTok yang memuat naik video Aaisyah dengan menggunakan tajuk berita kurang sopan sehingga mengundang salah faham warganet. Berang dengan kata-kata hinaan itu, isteri kepada aktor Zain Saidin ini menggesa pemilik akaun tersebut untuk memadam perkongsian berkenaan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version