Terkejut bila bekas suami lepaskan dalam keadaan sebegitu, Nora Ariffin dedah tahu individu yang paksa bekas suami lafazkan talak

Penyanyi terkenal, Nora Ariffin dedah tahu siapa yang paksa bekas suami lafaz pisah kerana ia berlaku di hadapan matanya sendiri. Memetik laporan dari Harian Metro, pemilik nama sebenar, Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, menceritakan semula kejadian dilepaskan bekas suami selepas menerima satu panggilan telefon meminta untuk melepaskannya. “Ketika kejadian kami baru selesai solat Subuh bersama dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya,” katanya.

Ujar penyanyi itu, dia sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salahnya hingga dilepaskan dalam keadaan sebegitu namun tahu siapa yang telah memberi arahan tersebut. Nora Ariffin dedah disebabkan hal tersebut dia tidak dapat mengawal emosi dan memuat naik detik berkenaan di media sosial tanpa memikirkan implikasi yang berlaku. “Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun, saya tahu siapa yang memberi arahan itu.

Disebabkan terlalu emosi saya terus merakam perceraian dan memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya,” katanya. Walau bagaimanapun, dia mengakui tindakan berkongsi rakaman suami sewaktu menceraikannya adalah satu kesilapan dan sudahpun memohon maaf kepada pihak tersebut. Ujarnya, bekas suami sudahpun memaafkannya dan hubungan mereka juga dalam keadaan baik-baik sahaja setakat ini.

“Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional. Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya. Ia berlaku di luar kawalan saya. Sebenarnya tujuan saya kongsikan video itu hanyalah untuk menjelaskan status terkini saya. Cuma saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku. Tetapi saya sudah memohon maaf kepada bekas suami dan dia sudah memaafkan saya. Dia tahu apa keadaan masa itu dan sekarang ini hubungan kami baik-baik saja,” ujarnya.

Namun begitu, penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu menyatakan dirinya enggan mendedahkan individu yang memaksa untuk mereka berpisah dan tidak dapat berkongsi tarikh sebenar bernikah kerana menganggap biarlah ia menjadi rahsia mereka. Terdahulu, Nora Ariffin telah berkongsi rakaman video bekas suami, Dr Rushdi Ramli menceraikannya dengan talak satu di Instagram. Dedahnya, penceraian antara mereka berlaku sebelum video rakaman yang berdurasi 52 saat itu dimuat naik ke media sosial dan menjelaskan bahawa perpisahan mereka terjadi disebabkan dipaksa seseorang.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version