Kongsikan sesuatu pasal kesabaran, ramai yang tertanya tanya dengan perkongsian terbaru Fazura

Perkongsian Fazura tentang kesabaran cetus tanda tanya selepas beberapa unggahannya di media sosial menjadi perhatian ramai. Dia yang berkongsi qoutes berkaitan kesabaran itu turut tinggalkan emoji jambangan bunga tanpa sebarang kenyataan lain di Insta Story. Qoutes yang dimuat naik itu menyatakan bahawa jawapan dalam hal yang sedang dihadapi adalah sabar dan ia perlu sentiasa sabar. Perkara tersebut tidak dinyatakan dengan jelas dan pastinya membuatkan ramai tertanya-tanya tentang maksud yang dinyatakan.

Tak hanya itu, Fazura atau pemilik nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin, 41, turut berkongsi satu qoutes mengatakan pada akhirnya kita hanya ada diri sendiri tanpa ada sesiapa yang akan bersama dalam apa keadaan sekalipun. Namun, Allah S.W.T tetap ada untuk kita dan ia merupakan bukti cinta sejati Maha Pencipta kepada hambaNya.

Terdahulu, Fazura telah memuat naik satu perkongsian dengan mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ogos dengan beberapa gambar bersama anak dan teman-teman terdekat. “Instagram will load in the frontend.” Ruangan komen selebriti terbabit menjadi perhatian ramai apabila rata-rata seakan bimbang dengan keadaan semasa pelakon itu lebih-lebih lagi sudah lama tidak melihat dia bersama suami, aktor terkenal, Fattah Amin. Semoga keluarga pasangan selebriti itu terus diberi ketenangan dan keharmonian hingga ke akhir hayat.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version